'Fatt..siapa awek tu?boleh tahan juga aku tengok..anak mami ka?'
'bukan anak mami la..anak mama..tu la orang yang langgar aku..cantik la juga..tapi bukan jenis yang aku suka la..'
'hah?budak tu yang langgar kau Fatt?kenapa la dia tk langgar aku..kalau orang macam dia yang langgar aku..5 kali langgar pun aku tak kisah..'
'ada-ada je la kau ni Lan..'
Azlan memang suka berjenaka. Jarang sangat dia serius. Sebab itu juga Fatt senang berkawan dengan Azlan.
'ha..jangan nak mengarut..pantang tengok perempuan dahi lincin sikit..mula lah nak ngorat..'
Fatt juga akui Farah juga cantik dan tidak ada kurangnya. Tapi Fatt sudah cukup dapat pengajaran selepas kematian arwah karmila. Bagi Fatt, hanya arwah karmila saja yang ada dalam hati. Jika ada suatu hari nanti gadis yang sama seperti arwah karmila, Fatt akan terus jadikan gadis itu sebagai isteri Fatt.
###################################################################################
Dua hari telah berlalu selepas kejadian Fatt dilanggar oleh Farah. Keadaan belakang Fatt masih lagi terasa sakit. Selama dua hari jugalah Fatt habiskan masa di rumah Azlan sambil melihat petak-petak sawah padi yang luas. Walaupun sakit, Fatt tidak mengendahkan sakit itu. Fatt hanya berusaha melupakan setiap memori bersama arwah karmila dan melupakan rasa bersalah Fatt terhadap karmila. Lamunan Fatt terhenti seketika apabila satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali.
(SMS Farah)'hai..Farah ni..Fatt apa khabar?sakit lagi ke?'
Selepas meninggalkan Farah di hospital tempoh hari, Fatt tidak langsung memikirkan Farah. Sehinggalah SMS itu masuk.
(SMS Fatt)'hai..ingat siapa la tadi..Fatt ok je..sakit sikit je..'
Oleh kerana tidak mahu Farah terus rasa bersalah, Fatt menipu dengan mengatakan Fatt sihat. Bukanlah maksud Fatt hendak menipu tapi bagi Fatt, lagi baik buat begitu.
(SMS Farah)'Fatt ada sini lagi kan?Farah rasa tak puas hati lagi la..boleh kita jumpa?Farah nak pastikan yang Fatt betul-betul ok..jangan risau..mama Farah pun ada..'
Selepas beberapa lama, Fatt buat keputusan untuk setuju, lagi pula memang Fatt hendak kenal Farah lebih rapat lagi, jadi inilah peluangnya.
###################################################################################
Dalam masa seminggu saja perkenalan Fatt dan Farah telah banyak membuatkan Fatt selesa bila bersama Farah. Sedikit sebanyak Farah membantu Fatt untuk melupakan arwah karmila. Walaupun Farah tidak pernah tahu akan masa silam Fatt, Farah ikhlas berkawan dengan Fatt.
'Fatt..Farah rasa macam kita ni lama dah kenal..banyak juga yang Fatt tahu tentang Farah..walaupun Fatt tak banyak cerita tentang Fatt, tapi Farah yakin hubungan kita ni akan kekal..'
Sebetulnya, Fatt tidak banyak bercerita tentang diri Fatt pada Farah. Walaupun Farah pernah mendesak supaya Fatt menceritakan apa yang pernah Fatt lalui, Fatt tetap juga tidak bercerita. Bagi Fatt seminggu tempoh berkenalan adalah tempoh yang singkat dan tidak sesuai untuk berkongsi macam-macam cerita.
########################################
Cuti semester semakin dekat dengan penamatnya. Fatt sudah bersedia untuk memulakan semester baru dengan semangat yang baru. Hubungan dengan Farah tatap juga diteruskan walaupun jarak jauh yang memisahkan. Hanya ada telefon untuk terus berhubung. Hanya satu saja yang betul-betul membuatkan Fatt jatuh hati dengan Farah. Niat Farah untuk membantu mamanya. Dulu Fatt pernah bertanyakan Farah, kenapa tidak menyambung pelajarannya, Farah hanya menjawab dia hendak membantu mamanya. Farah sekarang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Niat Farah itu membuatkan Fatt kagum dengan kecekalan gadis itu. Meninggalkan pelajaran semata-mata mahu menjaga mamanya. Seperti arwah Karmila, Farah juga adalah anak bongsu dalam keluarga, abangnya tidak lagi tinggal bersama kerana kerja di luar negeri.
No comments:
Post a Comment