Sunday, June 19, 2011

epilog sebuah kenangan 6


'Fatt..malam ni boleh ikut aku ke suatu tempat tak?'

Soalan tiba-tiba yang terkeluar dari mulut Azlan. Setiap malam minggu biasanya fatt jarang keluar. Fatt lagi selesa duduk di meja belajarnya sambil menelaah pelajaran. Tetapi entah dari mana datangnya idea fatt untuk ikut azlan keluar malam itu. Fatt dan azlan sebenarnya kawan satu kuliah. Dari semester pertama sampailah semester kedua, fatt dan azlan berada dalam satu kelas dan satu bilik kolej penginapan.

'tapi dengan satu syarat, kau kena pakai jeket aku ni'
Sekali lagi azlan membuat permintaan.

'kenapa aku kena pakai jeket kau ni Lan? Jeket aku pun ada'
'ala..pakai aje la..jangan banyak tanya..malam ni aku belanja makan..ok..'

Malas hendak tanya banyak, fatt setuju saja idea azlan itu.

'ok..ni la tempatnya..best tak?'
'oit..kau ni Lan, biar betul..beriya kau ajak aku..sini aje tempatnya?'

Malam tu Azlan hanya membawa fatt ke kedai makan yang biasa mereka makan.

'ok..kau order je apa yang kau nak makan..nanti aku bayar..aku ada kerja sekejap..nanti aku datang balik..kau pakai jeket aku ni tau..'
'ha..yela..tapi cepat sikit tau..aku nak balik awal..nak study..'

Sekali lagi azlan buat fatt tertanya-tanya apa tujuannya buat semua ini. Tapi fatt tidak memikirkan sangat tujuan azlan itu sebab azlan yang belanja makan.

Tidak lama selepas 'order' makan, tiba-tiba datang seorang gadis tomboi dan terus duduk di kerusi hadapan tempat duduk fatt.

'hai..awak ni azlan ye?erm...saya la karmila..'
'hai..o..karmila..tapi saya bukan azlan, awak ni dah salah orang.'

'jangan la nak main-main..petang tadi awak cakap awak pakai jeket hitam dan jalur-jalur putih..saya tengok kat restoren ni..awak je yg pakai jeket ....'
'ehh..tunggu dulu..awak salah orang..saya bukan azlan..pecaya la..'

'sudah la..yang awak fikir saya ni perempuan lemah lembut dan sopan la kan?tapi bila jumpa..awak buat-buat tak kenal saya sebab saya tak macam yang awak fikirkan kan?
'ha satu lagi..simpan je la kata-kata puitis awak yang awak hantar pada saya tu..Nasihat saya..kalau awak tak sanggup nak terima kekurangan 'blind date' awak..tak payah la nak tipu yang kita ni tak pernah kenal..'

Tidak sempat fatt nak terangkan perkara yang sebenar..gadis tomboi tu dah berlalu pergi. Sekali lagi fatt ditinggalkan dengan keadaan yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Tapi fatt tahu yang dia dah dijadikan mangsa keadaan 'blind date' azlan dan karmila.

Tiba-tiba azlan pula muncul dengan termengah-mengah dan mengajak fatt balik ke asrama.

'mana kau hilang tadi Lan?kau tau tak ada tomboi serang aku tadi?kau tipu dia dan kau jadikan aku kambing hitam kau?'

'fatt!fatt!fatt!...sabar la..ok..aku minta maaf..aku takde cara lain dah nak elak dari 'blind date' tu..tu pasal aku ajak kau..sebab aku tau kau je penyelamat aku..maafkan aku ye..'

'kalau ye pun..cakap la kat aku apa masalahnye..sekarang ni masalah ni bukan aku boleh selesaikan pun..lagi teruk ada la aku tengok..aku tak kira..apa-apa hal..aku nak kau selesaikan masalah ni..'

'habis macam mana ni?ha..kalau kau nak tau..tomboi tu namanya ummu karmila..dia tu best student fakulti dia..aku baru tahu benda ni pagi tadi..aku ingat nama dia camtu..dia tak tomboi..aku tak tau nak fikir apa..jadi aku tipu kau la fatt untuk ganti tempat aku..maafkan aku lagi sekali ye fatt'

'adui..kau ni la..tolong la jangan susahkan aku dengan benda camni..dah la..esok kau belanja aku makan lagi sebagai tanda minta maaf kau tu..nanti baru aku fikir nak maafkan kau atau tak..'

Tempat : perpustakaan
Masa : pagi

'dia ingat dia baik sangt ke?masa 'chating' macam-macam ayat manis..bila jumpa boleh pula cakap tak kenal..'

Bebelan gadis tomboi itu jelas sekali dapat didengari dalam perpustakaan itu. Pada masa yang sama fatt juga berada di dalam perpustakaan tersebut dan fatt juga dengar rungutan gadis itu. Tempat yang selalu fatt lepak jika tiada kuliah waktu pagi kerana tempat itu memang tempat paling aman jika dibandingkan dengan kolej kediamannya. Tapi pagi itu ternyata tidak lagi aman hanya disebabkan silap faham yang belaku di restoren semalam.

'ni pehal pula bising-bising ni?aku ingat perpustakaan ni tempat paling aman..aarrrgghhh!! Fedup nya aku..'
'oit..minah..kau ingat tempat ni pasar borong ke?tak reti baca ke apa yang tergantung tu?kalau kau tak reti baca..aku boleh ajarkan..'

'apa minah?aku ada nama la..kau ni siapa nak marah-marah aku tak tentu pasal ni?eehh..tunggu dulu..kau ni la yang tunjuk lagak semalam kan?Mr. Azlan..lepas tunjuk lagak tak kenal aku..kau datang sini pula nak tunjuk lagak yang kau ni budak baik kat perpustakaan ni?'

'amboi mulut..kau ni kan memang tak sedar dek untung betul la..kalau kau nak mengamuk tak tentu hala..kau keluar je dari tempat awam ni..kau pergi la mana-mana yang takde orang..lepas tu kalau kau nak terpekik terlolong sekali pun gasak kau la..ok..satu lagi..memang aku tak pernah kenal kau..yang kau tiba-tiba nak meroyan cakap aku kenal kau tu kenapa?'

Lepas ayat terakhir itu, fatt terus meninggalkan gadis toboi itu sendiri. Tetapi fatt tetap juga tidak berpuas hati dengan tuduhan gadis tomboi itu. Disebabkan malas hendak memanjangkan cerita, fatt lupakan saja apa yang jadi itu.

'hai fatt..kenapa ni muka dah macam cuka ni?'

Tegur wanie yang tiba-tiba muncul di depan fatt. Fatt kenal wanie masa perjumpaan persatuan yang diadakan di kampus. Masa itu wanie mempromosikan persatuannya. Persatuan keusahawanan, jelas sekali bukan minat fatt, fatt menolak untuk menyertai persatuan tersebut, tetapi wanie pula asyik mempromosikan persatuannya tanpa rasa jemu. Akhirnya fatt akur juga dengan pujukan wanie dan menyertai persatuan keusahawanan tersebut.

'tkde apa la..just pening dengan masalah nak exam..'
'o..ala biasa la tu..wanie pun nak exam juga..ala chill la sikit..jom kita lepak kat cafe..lepas tu wanie ada kuliah pula.'

Selama dua semester ini, hanya wanie sahaja kawan perempuan yang fatt kenal, perkenalan yang tidak pernah dirancang dan persahabatan yang cukup buat fatt selesa. Tiada langsung rasa melebihi persahabatan itu. Sikap fatt yang semakin pandai berjenaka dan tidak serius membuatkan wanie selesa berkawan dengan fatt.