Tuesday, October 12, 2010

epilog sebuah kenangan 2

‘..En.Dzafrul Haziq..pliss bagitau aku kat mana ko kenal awek tu boleh?!’
‘..kalo ko cakap..aku janji ko dapat makan free hari ni...’
‘En.Syawal Nour Fitri...ni pehal pula tiba-tiba ko panggil nama penuh aku ni? Buang tebiat ke apa?’
‘...buat pengetahuan ko..minah tu baru je daftar kat tempat tusyen kita ni..dia akan satu kelas dengan kita nanti,’
‘..Yoel !!! aku memang sayang pada ko la....ko memang kawan aku kat dunia ni’
‘..dunia je?’
‘...akhirat sekali la..tapi sebelum tu ko kena siasat la nama dia dan dia dah ada balak ke belum..ok?’
Dengan muka yang agak kelat, Yoel berlalu tanpa ada soal jawab, dia memang tahu kehendak fatt tu, dari mula kenal fatt lagi,dia dah mula paham kehendak hati fatt,apa saja yang fatt nak,mesti fatt akan dapatkan.
‘,,nah...nama awek tu nur zulaini..umur sama kita..baru pindah dari KL..ayahnya seorang Pegawai bomba..”
‘..YOEL!!!!! ko memang best la..sampai bapak dia pun ko tahu keja apa...”
‘..FATTTT!!!!..boleh tak kalau ko tak jerit kat depan aku?!!’
‘..ok2..sorry..aku excited sangat..tu pasal aku jerit..’
‘..ko ni betul ke fatt nak try budak tu?..aku takut jadi macam dulu je..’
Air muka fatt mula berubah selepas Yoel mengeluarkan kata-kata tersebut. Fatt memang tahu yang risiko dia akan kena reject tu besar, tapi fatt mula lupakan semua tu lepas dapat tahu nama gadis tu.
Hari : Sabtu
Masa : selepas waktu belajar..
‘..hai..awak baru daftar ke?’,tegur fatt dengan keadaan yang agak cuak..
‘..hai..ha ah..’,jawab gadis tu ringkas sambil tersenyum.
‘nama saya fatt..awak?’
‘fatt?,saya tengok awak tak gemuk pun’
‘..ish banyak cakap pulak pompuan ni...syawal nour fitri...’
‘..owh..nama sedap tapi panggil fatt?’
‘awak siapa nama?’
‘awak nak ngorat saya ke apa ni?’
‘eh..mana ada..saya nak kenal awak je..tengok awak sorang-sorang kat sini,so saya datang tegur la..’
‘owh..saya Zue..panggil Zue je..

epilog sebuah kenangan 1


...ko dapat awek tu,aku belanja ko makan tengahari ni..ok? cabaran yang tiba-tiba terkeluar dari mulut Yoel.
Ni fatt la..awek lawa mana pun mesti cair la dengan aku..
Ok..aku tunggu betul ke tak..
Waktu : 12.30 tgh
Hari : sabtu,
Nurul Atiqah Airin, nama yang tak pernah fatt lupa sepanjang perkenalan mereka. Perkenalan di depan pusat tusyen tu memang merupakan sejarah percintaan pertama fatt yang sebelum ini tidak pernah ada kawan perempuan. Sebenarnya fatt tidak suka perempuan sebab baginya perempuanlah punca segala masalah, tapi sebab cabaran yang kawan baiknya bagi, dia beranikan diri juga tegur gadis empunya nama Nurul Atiqah Airin itu, tapi tidak di sangka-sangka teguran pertama fatt membuahkan hasil sedangkan satu pusat tuisyen tahu yang  gadis tu tak pernah layan mana-mana lelaki yang menyapanya. Sejak dari hari itu, fatt terus berusaha untuk sentiasa menawan hati Airin, tindakan Airin yang terus-terusan melayan karenah fatt lagi membuatkan fatt tidak berfikir panjang untuk menaruh harapan cintanya pada gadis itu, setiap sabtu adalah hari yang paling fatt tunggu-tunggukan kerana akan satu kelas dengan Airin di pusat tusyen. Focus untuk belajar tidak lagi ada, yang ada hanyalah Airin,
‘oit...ko ni nak datang belajar ke nak tengok minah  tu fatt?!’
Tiba-tiba bahu fatt di tepuk Yoel,’...ala aku bukan apa,semua ni ko punya pasal la,kalau ko tak suruh aku tegur si Airin hari tu,tkde la aku angau macam ni tau..’
‘..eh..aku pula yang ko salahkan?aku main-main je hari tu,yang ko ambil serius tu pehal,’
Habis kelas saja terus fatt jumpa Airin dan mempelawa makan tengahari bersama, seperti yang disangka,Airin tidak menolak untuk makan bersama fatt.
‘..fatt,Airin ada sesuatu nak cakapkan..sebelum tu,Airin tahu fatt suka Airin,tapi fatt ......’
‘.....fatt kena lupakan semua ni...Airin tak nak fatt menaruh hati pada Airin..maafkan Airin..’
Gadis tu terus berlalu dari depan fatt dan tidak tahu dari mana,tiba-tiba muncul seorang lelaki jemput Airin. Hancur terus hati fatt,nak menangis, memang tiada guna.
‘...aarrrgghh!! perempuan semua sama je...kenapala aku senang sangat nak termakan layanan baik perempuan ni??!’’
Hari berlalu dan terus berlalu,cinta monyet fatt dan angan-angan fatt terus hilang bersama masa. Tapi perasaan kecewa fatt pada gadis yang telah hancurkan harapannya tetap tidak padam dan fatt tetap memandang gadis-gadis yang dia kenal seperti Airin.
Tapi selama kebenciannya itu,fatt terus menutup hatinya untuk berkawan dengan insan kaum hawa. Perkenalan selama sebulan dengan Airin sudah cukup buat fatt gembira dan dalam masa yang sama kecewa.
‘...fatt..fatt...!! ko tengok awek tu,cantiknye...’
‘..ha..ko dah ,mula lagi la ni yoel, ko pun tau kan aku fed up dah dengan semua ni..’
Pandangan fatt tetap juga pada gadis tersebut walau mulutnya bising. Memang cantik,’braces’ yang gadis tu kenakan pada gigi buat lagi dia nampak lagi cantik. Tapi fatt tetap tidak pedulikan siapa gadis tersebut dan dari mana datangnya.
‘...aku macam pernah nampak la fatt awek ni...’
Dengan cepat,fatt menyahut..’ko nampak kat mana?