Sunday, December 12, 2010

epilog sebuah kenangan 4


selepas peristiwa tempoh hari, fatt tidak lagi menaruh sebarang perasaan kepada zue sebaliknya fatt layan zue sebagai kawan yang sangat istimewa, setiap nasihat atau pendapat zue, fatt mesti akan setuju,bagi fatt perkenalannya dengan zue merupakan suatu perkara yang paling indah dalam hidupnya. fatt tidak pernah melupakan pelajarannya walaupun asyik dengan zue,sebab kadang-kadang mereka juga belajar bersama-sama.

masa berlalu begitu pantas, hari ini adalah hari keputusan peperiksaan diumumkan,entah apa akan jadi pun fatt tidak tahu. fatt tidak pernah abaikan pelajarannya dan perkara inilah yang paling fatt risaukan. kepala fatt ligat memikirkan keadaannya pada masa akan datang. apa akan jadi kalau fatt tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti?apa fatt akan buat kalau sekiranya semua yang fatt rancangkan tidak menjadi?

'fatt!!! oit..apa ko fikir sangat ni?'. lamunan fatt terhenti dengan tiba-tiba terdengar jeritan Yoel.

'ish..ko ni kan..kalau satu hari tak memekik kat telinga aku takkan sah kan?'..
'boleh tak kalau hari ni ko diam dan bertafakur sekejap?'...

'ala aku saja je nak memekik kat telinga ko ni bagi ko sedar sikit yang ko sekarang ni dah tua...aku taknak ko terus hanyut dengan lamunan ko tu je..'

setelah mendapatkan slip peperiksaannya, fatt terus menyelaknya dan keputusannya agak baik walaupun tidak seperti yang dirancang. sememangnya keputusan Yoel lagi baik dari keputusan fatt. tapi fatt tidak pernah membandingkan dirinya dengan Yoel sebab Yoel memang terbaik antara mereka.

walaupun keputusan fatt tidak seperti yang dia inginkan,tetapi fatt telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan Yoel....semestinya dia lagi beruntung sebab dapat tempat yang dia pilih.

walaupun fatt berkeras tidak mahu melanjutkan pelajaran dengan kursus yang tidak dipilihnya, tapi keputusan keluarga fatt mahukan dia teruskan. sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, fatt terima tawaran tersebut. sebaliknya pula zue, zue juga mendapat tawaran ke universiti dengan kursus yang dipilihnya.

fatt kini berada di sebuah universiti di timur tanah air, zue pula ke utara,masing-masing membawa cita-cita yang sama iaitu tamatkan pengajian. walaupun fatt tidak pernah minat dengan apa yang dia lakukan,dia juga meletakkan cita-cita untuk habiskan pelajaranya tersebut.

kesibukan fatt di universiti lama kelamaan membuatkan hubungan fatt dan zue menjadi semakin renggang, sampai suatu ketika hanya kirim berita sekali seminggu sedangkan sebelum ini mereka berjanji untuk terus berhubung.

penampilan dan gaya fatt sama sekali dia ubah,fatt sekarang tidak lagi seperti fatt yang dulu, kalau dulu fatt tidak pentingkan penampilan, tapi sekarang fatt mengutamakan penampilan,dari hujung rambut sampai hujung kaki fatt ubah. kalau dulu sikap fatt suka menyendiri tapi sekarang fatt seorang yang banyak cakap dan suka buat lawak.fatt sedar akan perubahan drastik yang dia lakukan ini,tapi fatt sendiri tidak tahu untuk apa perubahan yang dia buat ini. sememangnya perubahan ini fatt buat semata-mata tidak mahu dibuli atau didominasi orang lain. kalau dulu fatt hanya diam dan mengikut sahaja apa yang dicakapkan, tapi sekarang fatt mengharapkan dirinya yang baru ini untuk diberi peluang jika ada keputusan hendak dibuat.dengan kata lain,diri fatt sekarang ini lebih tampak berkeyakinan dan bukannya seorang yang naif.