Wednesday, July 4, 2012

Epilog Sebuah Kehidupan 13


'eh Fatt, kau dah kenapa ni?jalan pun macam orang sakit aku tengok..'

'ala..aku kena langgar kereta tadi..'

'hah??!!..biar betul Fatt..sape yang langgar kau ni?..mana orang nya?'

Muka Azlan nampak agak cuak bila dengar apa yang terjadi pada Fatt.

'jom aku bawa kau ke hospital..check sikit apa jadi..risau pula aku..nanti apa aku nak jawab kat mak bapak kau..' Seloroh Azlan sambil gelak.

********************************************
Hospital : ruang menunggu

'maafkan anak mak cik ye..Farah sebenarnya tak tahu bawa kereta pun..dia baru nak belajar..'

'Farah?..o anak mak cik tu nama Farah ye?..ala saya bukan teruk sangat pun..nak salahkan dia pun tak boleh juga..'

Perbualan antara Fatt dan wanita itu terhenti seketika apabila anak gadisnya sampai.

'ok mama..ni ubat untuk dia ni..Farah ambil tadi..bil pun Farah dah bayarkan..ha..maafkan saya ye..saya memang tak tahu drive..tapi awak nak saya ubah juga kereta tu..'

Untuk kesekian kalinya gadis itu meminta maaf atas kesalahannya itu. Gaya meminta maaf gadis itu nampaknya betul-betul ikhlas. Fatt hanya senyum dan diam tanda memaafkan kesalahan gadis itu.

'ok lah..mama nak sambung buat kerja..Farah tunggu mama di tempat biasa ye..nanti habis kerja mama datang..'

Tiba-tiba wanita itu mencelah dan berlalu untuk menyambung kerjanya. Hanya tinggal Fatt sendirian bersama gadis itu.

'awak bukan orang sini kan?dari cara awak pun saya dah dapat agak..'

'emm..ah ah..saya datang sini sebab ikut kawan saya..bercuti..'

'maafkan saya lagi sekali ye..awak boleh balik sendiri kan? Ke nak saya hantar awak?'

Sambung gadis itu sambil tersenyum. Jelas sekali dia cuba untuk buat lawak. Fatt hanya senyum tanda melayan karenah gadis itu.

'ehh..takpe la..ni pun dah kira baik la saya selamat..nanti kalau awak yang hantar saya..jawabnya masuk wad pula saya..'

'ok..lagi bagus kalau camtu..saya kan tak tahu drive..'

Perasaan hampa gadis itu jelas sekali terpampang diwajahnya. Perubahan muka gadis itu jelas sekali dapat dilihat Fatt.

'nama awak Farah kan?..mama awak yang bagitahu tadi..'

'ye..Farah..nama penuh..Nur Farah Suliani..awak boleh panggil Farah..tapi saya rasa memang awak takkan dapat panggil saya lagi la sebab awak tinggal jauh..'

Jawab gadis itu dengan panjang lebar sambil ketawa.

'o..boleh tahan juga awak melawak ye..'

Jawab Fatt sambil tersenyum. Farah hanya diam seketika bila melihat Fatt yang gelak besar.

'awak ni suka kenakan orang ke?kenapa la saya tak langgar awak kuat-kuat tadi..biar padan muka awak..'

Dengan nada yang agak tidak puas hati, Fatt tiba-tiba dimarahi oleh Farah. Pelik juga Fatt dengan perangai gadis ini. Fatt hanya terdiam dan mengalihkan pandangan ke arah yang lain. Melihat Fatt yang tiba-tiba terdiam, Farah juga turut diam.

'ok Fatt..dah boleh balik ke?'

Entah dari mana datangnya Azlan, Fatt sendiri pun tidak dapat agak dan mengajak Fatt balik. Fatt hanya diam dan bangun meninggalkan Farah sendirian di ruangan menunggu tersebut.

'oit..awak nak pergi camtu je?'

Tiba-tiba Farah memanggil Fatt. Fatt juga terkejut dengan panggilan itu.

'dah tu nak saya tunggu sini sampai bila?dari gaduh dengan awak..baik saya balik..'

Jawab Fatt dengan selamba. Sebenarnya Fatt juga berat untuk meninggalkan Farah kerana Fatt belum dapat kenal gadis itu dengan lebih lagi. Tapi bagai pucuk dicita ulam mendatang lah apabila gadis itu tiba-tiba memanggil Fatt dan menanyakan nama Fatt.

'saya sekarang tak boleh cakap..takut nanti awak cakap saya kenakan awak pula..ada pen?ada kertas?'

Fatt hanya senyum lebar apabila dapat pen dan kertas dari gadis itu. Selain tulis nama, Fatt juga menulis nombor telefon. Fatt sengaja buat begitu kerana tiada cara lain untuk kenal dengan gadis itu lebih rapat.

'ehh..saya tanya nama je..yang awak tulis nombor ni kenapa?' tanya gadis itu terpinga-pinga.

'memanglah awak tanya nama saya..tapi saya biasa tulis nama dan nombor telefon..awak boleh pilih yang mana awak nak..kalau nak nama..awak buang saja nombor tu..tapi kalau nak nombor tu..awak jangan buang nama tu sebab nanti awak lupa tuan punya nombor tu..'

Fatt hanya meninggalkan Farah dengan berharap Farah akan menelefon Fatt. Fatt tidak pernah memberikan nombor telefon kepada mana-mana gadis sebelum ini. Fatt hanya mencuba nasib untuk berkawan dengan gadis itu.





No comments:

Post a Comment