"fatt..wanie ada something nak bagi kat fatt..harap fatt suka la.."
Satu kotak bungkusan yang siap berbalut kertas dengan kemas disua kepada fatt. Fatt yang terpinga-pinga hanya menerima sahaja.
"eh..nak kata birthday fatt..lambat lagi..ni hadiah apa ni?"
"ala..fatt ambil saja la..harap fatt suka la ye..penat wanie cari ni tau.."
Selepas membuka kotak tersebut, baru fatt tahu kenapa fatt dapat hadiah tersebut. Tali leher buatan tangan, memang fatt suka sangat. Fatt pernah tengok tali leher seperti itu, memang harganya agak mahal. Tapi fatt tidak pula bertanyakan harga pada wanie memandangkan itu hadiah dari wanie.
"harap fatt suka la ye..hari tu fatt cakap wanie buat tak kisah je yang fatt mengadu tali leher fatt hilang..so wanie belikan la satu untuk fatt..so lepas ni tolong jaga tali leher ni tau.."
"yela..sorry la kalau wanie terasa..fatt gurau je hari tu.."
"fatt..berapa lama dah kita kenal ye?"
Satu soalan yang tiba-tiba ditanya oleh wanie. Fatt memang sudah tidak ingat bila perkenalan dia dengan wanie.
"ala..soalan susah ni..mana fatt ingat..wanie pun satu..kenapa la tak tulis di mana-mana pasal kita kenal tu"
Jawab fatt selamba dengan nada bergurau. Tapi sememangnya fatt tidak ingat dan bagi fatt semua itu tidak penting pun.
"fatt..ala..ingat la balik..wanie bukan apa wanie nak tahu je fatt ingat ke tidak..dua hari lepas wanie ada pergi satu seminar ni..tapi dalam seminar tu ada la juga cakap soal cinta masa study di universiti akan kekal sampai jinjang pelamin. "
"o..wanie ni memang bagus la..rajin sangat terlibat dengan aktiviti camtu."
Fatt memang tidak dapat menduga apa yang wanie hendak cakapkan itu. Fatt hanya menjawab sambil lewa saja.
"fatt...wanie serius ni.."
"ok..so maksudnya wanie ada bercinta dengan sesiapa ke kat kampus ni? Kenapa tak cakap kat fatt?bertuahnya budak tu.."
Fatt sudah mula memahami apa yang hendak dikatakan oleh wanie, tapi fatt tetap juga main-main dan bergelak-gelak.
"fatt..wanie mana ada bercinta dengan sesiapa pun..wanie just nak tanya pendapat fatt je.."
"pendapat?pendapat soal perkahwinan?ala wanie ni..fatt bukan tok kadi nak jawab soal kahwin ni semua.."
Fatt menjawab selamba sahaja tapi kali ini wanie diam dan mukanya nampak agak merah. Fatt sedar akan perbahan wajah wanie itu, jadi fatt terus bagi perhatian pada wanie.
"ok..fatt tahu fatt tak bagi perhatian dan banyak main-main..sekarang fatt dah boleh dengar apa saja yang wani nak cakap..so..cakap la.."
"fatt..wanie tahu ni memang akan buat fatt terkejut..tapi ni wanie yang buat keputusan lepas wanie fikir..memang wanie tak ada kawan lelaki yang special selain fatt..sebab wanie suka kat fatt..dari mula-mula kita kenal lagi wanie dah suka kat fatt..mungkin fatt tak sedar..tapi ni la hakikatnya.."
"ehh..tunggu dulu..please jangan cakap bukan-bukan..wanie..fatt bukan apa..fatt suka berkawan dengan wanie..tapi bukan untuk tujuan lebih serius.."
"wanie tahu ni tak sepatutnya wanie cakap pada fatt..tapi wanie harap sangat..fatt bagi la peluang untuk wanie buktikan pada fatt yang wanie juga layak untuk fatt.."
"ish..wanie ni..bukan masalah layak atau tak..ni masalah lain..fatt bukan anak raja yang memerlukan layak wanie tu untuk fatt.."
"fatt..please..fatt ambil la seberapa banyak masa yang fatt nak fikirkan..wanie akan tetap tunggu fatt.."
Dari petang sampai ke malam fatt hanya fikirkan apa yang telah wanie luahkan. Ini juga pertama kali dalam hidup fatt ada seorang perempuan meluahkan perasaan kepadanya. Selepas kecewa dengan gadis yang bernama nurul atiqah airin lama dulu, fatt terus lupakan soal untuk ada pasangan istimewa seawal usianya itu.
(SMS dari karmila tiba-tiba masuk.)
"fatt..jumpa karmila di cafe malam ni ye.."
SMS yang pendek oleh karmila juga tidak dibalas oleh fatt. Tapi fatt juga pergi untuk berjumpa karmila malam itu. Karmila memang tidak suka berSMS Panjang-panjang, semua yang hendak dicakap memang dia tidak akan cakap melalui SMS tapi akan cakap sendiri secara berdepan.
"fatt nampak macam tension je..ada apa-apa yang nak dicakap ke?kalau fatt nak cakap apa-apa karmila ok je untuk bagi pandangan.."
"tak ada apa la..fatt pening fikirkan assignment je..ha karmila nak jumpa fatt malam ni kenapa?bukan karmila ada janji nk keluar dengan roomate ke?"
"ala..tak kan nak keluar dengan fatt pun tak boleh kot..tak ada la..memang sepatutnya karmila nak keluar dengan kawan malam ni..tapi entah tiba-tiba kawan lelaki dia pula buat hal..gaduh la apa la..so dia tak jadi keluar la..fed up betul la kalau lelaki camtu ada kat muka bumi ni..nasib baik fatt ni tak macam lelaki tu kan.."
"o..eh mana karmila tahu fatt bukan macam lelaki tu?camna kalau fatt macam lelaki tu or lebih lagi?"
Karmila hanya diam sahaja. Fatt yang masih terfikirkan wanie buatkan dia lagi tertekan. Karmila hanya makan dan tidak pedulikan fatt.
"ok..fatt minta maaf..fatt bukan nak cakap kasar pun tadi..maaf ye.."
Karmila mula senyum apabila mendengar kata-kata fatt tersebut.
"fatt..sampai bila kita nak jadi kawan biasa?"
Tiba-tiba satu lagi soalan yang fatt memang tidak dapat jawab. Karmila pula bertanya dengan muka yang serius.
"maksud karmila?"
"yela..kita dah agak lama berkawan..so karmila nak juga tahu yang kita ni berkawan sampai bila..karmila tengok kawan sebilik karmila tu happy je ada teman lelaki..so fatt macam mana pula..takkan la tak ada teman wanita kot.."
"o...ala leceh la fikir soal ni..fatt lagi suka ada kawan je..teman wanita ni nanti-nanti la dulu.."
"ok..karmila hanya bertanya..tapi kalau fatt luahkan perasaan fatt pada karmila..karmila memang akan terima fatt.."
"apa karmila cakap?fatt tak dengar tadi.."
Ayat terakhir karmila tidak dapat didengari dengan jelas oleh fatt kerana ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Tapi fatt faham apa maksud karmila itu. Selepas kejadian malam itu, fatt balik ke kolej kediamannya sambil berfikir. Memang terkejut untuk fatt sebab dia menerima satu luahan hati secara langsung oleh wanie dan tidak langsung oleh karmila.
"ni nasib malang aku atau nasib baik aku? Dalam satu hari ada dua gadis cuba meluahkan perasaan pada aku.."
Fatt hanya bercakap sendiri sambil berfikir cara hendak menyelesaikan masalahnya itu. Kalau diikutkan, memang fatt lagi suka karmila, tapi fatt juga tidak boleh tinggalkan wanie sebab wanie saja kawan perempuan fatt yang paling lama di kampus itu. Lama juga fatt berfikir, sampailah fatt jumpa satu penyelesaian.
"karmila..sebenarnya malam tu fatt dengar apa yang karmila cakapkan soal luahkan perasaan..so hari ni fatt harap karmila dengar baik-baik..memang fatt suka karmila..please be my girl?hari ni fatt dah buat keputusan..fatt memang suka karmila dan fatt memang taknak karmila ada teman lelaki lain selain fatt..accept me as who i am?"
Karmila juga agak terkejut dengan tindakan fatt itu tapi itu juga yang karmila hendak dengar dari mulut fatt. Karmila hanya senyum dan menundukkan muka. Jadi selepas hari itu fatt dan karmila adalah pasangan bercinta. Jika sebelum ini fatt dan karmila jarang berjumpa, sekarang situasi tersebut sudah bertukar, bermula dari belajar sama-sama hinggalah makan sama-sama. Semuanya dilakukan dengan karmila.seolah-olah hidup fatt hanya ada karmila sahaja.
"fatt..thank you sebab fatt pakai juga tali leher yang wanie bagi tu..memang nampak sesuai dengan fatt"
"o..ala memang fatt akan pakai pun..ni kan hadiah dari wanie..ha wanie sibuk lagi dengan aktiviti kelab ke apa-apa ke sekarang ni?"
"tak la..sekarang dah ok dah..dah tak sibuk dah.."
Jawapan wanie hanya pada soalan fatt sahaja, jika selama ini wanie banyak juga cakap, tapi hari ini jawapan dingin oleh wanie setiap pertanyaan fatt.
"fatt..macam mana dengan keputusan fatt?memang wanie agak kolot sebab percaya yang cinta di kampus boleh bawa ke perkahwinan..tapi ini bukan sebab tu je..ni sebab wanie memang sayangkan fatt.."
"wanie..bukan fatt tak nak terima wanie..tapi fatt dah ada orang lain..lagi pula fatt taknak wanie terganggu jadual aktiviti wanie hanya sebab fatt..wanie paham kan apa fatt nak cakapkan ni?"
"fatt..siapa gadis tu?wanie kenal ke?bila lagi fatt kenal gadis tu?kalau fatt ada perempuan lain, kenapa fatt layan wanie lagi?"
Soalan demi soalan yang ditanya oleh wanie tapi satu pun fatt tidak sempat jawab.
"wanie..kalau fatt jawab soalan wanie tu semua..benda ni takkan merubah apa-apa.."
"fatt..bagi wanie jumpa perempuan tu boleh?"
"hah!wanie nak jumpa dia untuk apa?"
Memang fatt terkejut dengan tindakan wanie itu,fatt sudah makin bertambah kusut memikirkan soal ini.
"wanie just nak jumpa dia dan tanya apa yang dia buat sampai fatt suka dia..kenapa bukan wanie yang fatt pilih?kalau boleh..wanie nak minta dia lepaskan fatt untuk wanie.."
Nampaknya masalah fatt semakin teruk. Fatt ingat dengan tindakan fatt untuk bercinta dengan karmila akan melemahkan semangat wanie tapi sebaliknya pula yang terjadi. Fatt memang tidak ada cara lain lagi. Fatt hanya akan menipu wanie untuk mengelakkan dari wanie jumpa karmila. Setelah bermacam-macam alasan yang diberikan,barulah wanie akur dan diam semula.
"fatt..wanie akan tetap juga tunggu keputusan fatt..wanie tak akan paksa fatt untuk pilih wanie lagi..tapi wanie harap fatt boleh teruskan layanan baik fatt pada wanie ye.."
Wanie berlalu pergi meninggalkan fatt dengan wajah yang hampa.
"karmila...fatt ada sesuatu nak cakapkan ni..fatt nak minta pendapat karmila.."
"fatt..tak payah la suspen sangat..just cakap ok..karmila mesti bagi pendapat yang paling bernas.."
Jawab karmila sambil bergurau, gadis yang dulunya tomboi, sekarang ini tidak lagi tomboi. Pertuturan yang agak sopan dan suka bergurau membuatkan fatt lagi suka kepadanya.Fatt sudah buntu untuk berfikir dan akhirnya fatt minta pendapat karmila juga.
"em..maafkan fatt..fatt tak tahu nak mulakan macam mana..sebenarnya sebelum kita kenal..fatt ada kenal dengan seorang awek..dah lama dah kenal..so tak tahu kenapa..tiba-tiba dia cakap dia nak fatt jadi teman lelaki dia..fatt bukan tak suka dia..memang fatt suka dia tapi sebagai kawan..lepas tu dia cakap nak jumpa karmila.."
"jumpa karmila?kenapa pula nak jumpa karmila?fatt..fatt tahu kan karmila tak suka benda macam ni..karmila sayangkan fatt tapi ada orang lain juga sayangkan fatt..soal ni..karmila taknak masuk campur..fatt sendiri kena buat keputusan.."
"dia nak jumpa karmila sebab nak minta fatt secara baik..tapi fatt tak cakap la karmila ada dalam kampus ni..fatt cakap karmila tinggal jauh dari sini.."
Untuk kesekian kalinya fatt dijadikan sebagai alat mainan oleh dua orang gadis.. Pengalaman pertama fatt terlibat dalam cinta pihak ketiga.
"fatt...karmila nak balik dulu..pandai-pandai fatt la nak buat apa pun.."
Fatt ditinggalkan keseorangan lagi,kebuntuan yang tidak dapat fatt selesaikan.