Perjalanan ke utara semenanjung memang memenatkan Fatt. Tapi oleh kerana hendak bercuti, Fatt tidak kisah. Sebenarnya Fatt dipelawa oleh Azlan untuk ke rumahnya. Alang-alang cuti semester, katanya. Fatt juga sebenarnya tidak pernah sampai ke negeri itu dan pelawaan Azlan sememangnya peluang yang paling bermakna untuk Fatt.
'eh Lan...aku ni dah nak masuk satu hari kat rumah ni..takkan la satu tempat pun aku tak di bawa melawat..'
'ala Fatt..aku bukan apa..aku tak tahu sangat la tempat yang sesuai nak lawati..apa kata kau tengok je sawah padi tu'
Sawah padi yang luas di depan rumah Azlan sememangnya menenangkan Fatt, kedinginan dan ketenangan berada di tepi sawah padi itu membuatkan ingatan Fatt terbang jauh kepada memori arwah Ummu Karmila. Suka duka ketika bersama arwah Karmila masih lagi segar di ingatan Fatt. Kesilapan yang paling besar Fatt buat dalam hidup. Fatt kehilangan orang yang Fatt sayang di depan mata.
' Fatt..jom aku bawa kau ke satu tempat...'
Tiba-tiba lamunan Fatt terhenti dengan sapaan Azlan.
Tempat yang ditujui itu hanyalah sebuah pusat membeli belah. Mana-mana pusat beli belah sama sahaja bagi Fatt, tetapi ada sesuatu yang berjaya mencuri perhatian Fatt iaitu kedai tudung dan pakaian muslimah. Fatt terus masuk sendirian ke kedai tersebut. Walaupun nampak agak pelik seorang lelaki masuk ke kedai seumpama itu tanpa ada ditemani wanita, tetapi Fatt terus meluru ke arah baju kurung berwarna biru persis yang dipakai arwah Karmila suatu ketika dulu. Sambil tersenyum dan tiba-tiba perasaan sebak melanda hati Fatt. Sekali lagi Fatt tidak dapat menahan sebak di hati lantas terus keluar dari kedai tersebut. Di mana-mana pun memori Karmila tetap akan ada bersama Fatt.
'Fatt..mana kau hilang ni?puas aku cari..sini rupanya kau??!'
Tiba-tiba Azlan menepuk bahu Fatt. Kelihatan banyak juga beg plastik yang dibawa Azlan. Azlan juga memahami apa yang Fatt lalui. Sebab itu jugalah Azlan mempelawa Fatt ikut balik ke kampungnya.
'nah..pegang ni..aku sibuk beli barang..kau hilang..tapi tak apa lah..asalkan kau bawa ni semua..tunggu aku dekat kereta..aku ada kerja sikit..ok '
Tanpa ada banyak soal, Fatt hanya tersenyum dan mengikuti saja arahan Azlan.
-------------------------------------------------------------
Ditempat parkir kenderaan kelihatan kereta Azlan dihadang oleh sebuah kereta lain, kelihatan seorang gadis di sebelah tempat duduk penumpang. Fatt hanya membuatkan isyarat untuk gadis itu mengalihkan keretanya. Tetapi tidak diendahkan langsung oleh gadis tersebut. Dengan rasa agak tidak puas hati, Fatt terus mendekati kereta gadis itu.
'awak boleh ubah kereta awak ni?'
Walaupun Fatt bercakap dengan gadis itu, tapi sedikit pun gadis itu tidak mengendahkan, cuma Fatt lihat gadis itu hanya bercakap dengan seseorang melalui telefon. Fatt mengetuk cermin kereta gadis itu dan dengan teragak-agak gadis itu membuka sedikut cermin keretanya.
'maaf..saya tak tahu drive..saya tunggu mama saya..sekejap lagi dia sampai..maaf ye..'
'awak tahu kan berapa lama dah saya kat luar ni?kenapa dari tadi lagi awak tak cakap?'
Fatt sengaja tinggikan suara walaupun Fatt bukan marah. Saja hendak buat garang kononnya.
'kalau ye pun..awak jangan la marah saya..mama saya datang nanti awak boleh marah dia..awak tunggu saja..'
melihat muka gadis itu agak marah, Fatt cuba menjauhi diri dari kereta gadis itu dengan berjalan ke hadapan kereta Azlan.
Gadis itu pun nampak agak tidak puas hati dengan Fatt. Tetapi kelihatan gadis itu mencuba untuk ubah keretanya itu, entah macam mana kereta itu melanggar Fatt tanpa dia sedari hingga menyebabkan Fatt terjatuh. Keadaan makin tegang. Dengan keadaan yang agak sakit, Fatt bangun sendiri.
'oit..awak dah kenapa? Kalau ye pun nak marah saya, jangan la sampai nak bunuh orang..kalau jadi apa-apa camna?awak nak tanggung hidup saya seumur hidup ke?'
'ala...maaf sangat-sangat..saya dah cakap saya tak tahu drive tapi awak paksa saya juga..'
'ehh..bila masa saya paksa awak ubah kereta awak tu?.takpa la..saya sakit sikit je ni'
Sambil menahan kesakitan, Fatt cuba bangun berdiri dan dibantu oleh gadis itu. Tiba-tiba datang seorang wanita yang agak berusia dengan pakaian lengkap uniform jururawat mendekati kami.
'ha..elok sangat la nurse pun dah sampai..bagus betul mall ni..cepat je hantar nurse walaupun tak report..'
Fatt bercakap sendiri dan sesampainya wanita itu, Fatt terus cakap yang dia dilanggar dan kesakitan yang dialami.
'eh..awak..ni la mama saya..dia baru nak masuk kerja..dia nurse..'
Dengan perasaan agak malu, Fatt hanya diam sambil menundukkan kepala.
'maafkan anak mak cik ye..dia tak tahu bawa kereta..camni la..awak boleh ikut kami ke hospital..nanti mak cik bagi ubat..bil hospital biar mak cik yang bayar..tanda minta maaf..boleh?'
Fatt hanya berdiam diri. Sebenarnya memang Fatt terasa sakit di bahagian tulang belakang, tetapi disebabkan malu, Fatt hanya cakap dia tiada apa-apa.
No comments:
Post a Comment