Wednesday, July 4, 2012

Epilog Sebuah Kehidupan 11


Selepas kematian Karmila, hubungan Fatt dan Wanie juga semakin renggang, Fatt langsung tidak pedulikan Wanie walaupun Wanie berusaha untuk menggembirakan hati Fatt.

'Fatt...maaf kalau Wanie cakapkan ni buat Fatt sedih..tapi Fatt kena terima hakikat yang Karmila sudah tiada lagi..'

Fatt hanya terus mendiamkan diri. Fatt akui memang bukan kuasa Fatt untuk halang kehendak Ilahi, tapi Fatt menyesal dengan sikap bertangguh yang Fatt buat. Kalaulah Fatt kejar Karmila masa itu, Karmila mesti dapat tahu apa yang Fatt hendak sampaikan ketika itu.
'Wanie.. Fatt dah tak nak lagi teruskan hubungan kita ni..'   

Ungkapan tiba-tiba yang terkeluar dari mulut Fatt membuatkan Wanie terkejut. Fatt tahu yang Wanie tidak akan bersetuju dengan keputusan Fatt itu.

'what??!!... Fatt sedar tak apa yang Fatt cakapkan ni?jangan disebabkan kematian orang yang Fatt sayang.. Fatt nak libatkan hubungan kita pula?'

'ok... Wanie tahu Fatt sayangkan Karmila, tapi sebabkan dia jugalah hubungan kita sampai macam ni.. Fatt sedar tak??!'

Fatt juga tahu keputusan itu membuatkan Wanie marah dan tidak setuju sama sekali, tapi hanya itu sahaja cara yang Fatt ada untuk elakkan rasa bersalah kepada arwah Karmila.

-------------------------------------------------------------
Setelah beberapa bulan kematian arwah Karmila, hubungan Fatt dan Wani juga telah berakhir. Fatt dan Wani kini hanya kawan seperti dulu. Masing-masing sibuk dengan kuliah. Fatt masih lagi sama seperti dulu, memori yang ditinggalkan arwah Karmila tetap di dalam hati Fatt. Kesibukan Fatt dengan pelajaran membuatkan Fatt sedikit demi sedikit melupakan arwah Karmila.


No comments:

Post a Comment