Wednesday, July 4, 2012

Epilog Sebuah Kehidupan 14


'Fatt..siapa awek tu?boleh tahan juga aku tengok..anak mami ka?'

'bukan anak mami la..anak mama..tu la orang yang langgar aku..cantik la juga..tapi bukan jenis yang aku suka la..'

'hah?budak tu yang langgar kau Fatt?kenapa la dia tk langgar aku..kalau orang macam dia yang langgar aku..5 kali langgar pun aku tak kisah..'

'ada-ada je la kau ni Lan..'

Azlan memang suka berjenaka. Jarang sangat dia serius. Sebab itu juga Fatt senang berkawan dengan Azlan.

'ha..jangan nak mengarut..pantang tengok perempuan dahi lincin sikit..mula lah nak ngorat..'

Fatt juga akui Farah juga cantik dan tidak ada kurangnya. Tapi Fatt sudah cukup dapat pengajaran selepas kematian arwah karmila. Bagi Fatt, hanya arwah karmila saja yang ada dalam hati. Jika ada suatu hari nanti gadis yang sama seperti arwah karmila, Fatt akan terus jadikan gadis itu sebagai isteri Fatt.


###################################################################################

Dua hari telah berlalu selepas kejadian Fatt dilanggar oleh Farah. Keadaan belakang Fatt masih lagi terasa sakit. Selama dua hari jugalah Fatt habiskan masa di rumah Azlan sambil melihat petak-petak sawah padi yang luas. Walaupun sakit, Fatt tidak mengendahkan sakit itu. Fatt hanya berusaha melupakan setiap memori bersama arwah karmila dan melupakan rasa bersalah Fatt terhadap karmila. Lamunan Fatt terhenti seketika apabila satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali.

(SMS Farah)'hai..Farah ni..Fatt apa khabar?sakit lagi ke?'

Selepas meninggalkan Farah di hospital tempoh hari, Fatt tidak langsung memikirkan Farah. Sehinggalah SMS itu masuk.

(SMS Fatt)'hai..ingat siapa la tadi..Fatt ok je..sakit sikit je..'

Oleh kerana tidak mahu Farah terus rasa bersalah, Fatt menipu dengan mengatakan Fatt sihat. Bukanlah maksud Fatt hendak menipu tapi bagi Fatt, lagi baik buat begitu.

(SMS Farah)'Fatt ada sini lagi kan?Farah rasa tak puas hati lagi la..boleh kita jumpa?Farah nak pastikan yang Fatt betul-betul ok..jangan risau..mama Farah pun ada..'

Selepas beberapa lama, Fatt buat keputusan untuk setuju, lagi pula memang Fatt hendak kenal Farah lebih rapat lagi, jadi inilah peluangnya.

###################################################################################
Dalam masa seminggu saja perkenalan Fatt dan Farah telah banyak membuatkan Fatt selesa bila bersama Farah. Sedikit sebanyak Farah membantu Fatt untuk melupakan arwah karmila. Walaupun Farah tidak pernah tahu akan masa silam Fatt, Farah ikhlas berkawan dengan Fatt.

'Fatt..Farah rasa macam kita ni lama dah kenal..banyak juga yang Fatt tahu tentang Farah..walaupun Fatt tak banyak cerita tentang Fatt, tapi Farah yakin hubungan kita ni akan kekal..'

Sebetulnya, Fatt tidak banyak bercerita tentang diri Fatt pada Farah. Walaupun Farah pernah mendesak supaya Fatt menceritakan apa yang pernah Fatt lalui, Fatt tetap juga tidak bercerita. Bagi Fatt seminggu tempoh berkenalan adalah tempoh yang singkat dan tidak sesuai untuk berkongsi macam-macam cerita.

########################################

Cuti semester semakin dekat dengan penamatnya. Fatt sudah bersedia untuk memulakan semester baru dengan semangat yang baru. Hubungan dengan Farah tatap juga diteruskan walaupun jarak jauh yang memisahkan. Hanya ada telefon untuk terus berhubung. Hanya satu saja yang betul-betul membuatkan Fatt jatuh hati dengan Farah. Niat Farah untuk membantu mamanya. Dulu Fatt pernah bertanyakan Farah, kenapa  tidak menyambung pelajarannya, Farah hanya menjawab dia hendak membantu mamanya. Farah sekarang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Niat Farah itu membuatkan Fatt kagum dengan kecekalan gadis itu. Meninggalkan pelajaran semata-mata mahu menjaga mamanya. Seperti arwah Karmila, Farah juga adalah anak bongsu dalam keluarga, abangnya tidak lagi tinggal bersama kerana kerja di luar negeri.


Epilog Sebuah Kehidupan 13


'eh Fatt, kau dah kenapa ni?jalan pun macam orang sakit aku tengok..'

'ala..aku kena langgar kereta tadi..'

'hah??!!..biar betul Fatt..sape yang langgar kau ni?..mana orang nya?'

Muka Azlan nampak agak cuak bila dengar apa yang terjadi pada Fatt.

'jom aku bawa kau ke hospital..check sikit apa jadi..risau pula aku..nanti apa aku nak jawab kat mak bapak kau..' Seloroh Azlan sambil gelak.

********************************************
Hospital : ruang menunggu

'maafkan anak mak cik ye..Farah sebenarnya tak tahu bawa kereta pun..dia baru nak belajar..'

'Farah?..o anak mak cik tu nama Farah ye?..ala saya bukan teruk sangat pun..nak salahkan dia pun tak boleh juga..'

Perbualan antara Fatt dan wanita itu terhenti seketika apabila anak gadisnya sampai.

'ok mama..ni ubat untuk dia ni..Farah ambil tadi..bil pun Farah dah bayarkan..ha..maafkan saya ye..saya memang tak tahu drive..tapi awak nak saya ubah juga kereta tu..'

Untuk kesekian kalinya gadis itu meminta maaf atas kesalahannya itu. Gaya meminta maaf gadis itu nampaknya betul-betul ikhlas. Fatt hanya senyum dan diam tanda memaafkan kesalahan gadis itu.

'ok lah..mama nak sambung buat kerja..Farah tunggu mama di tempat biasa ye..nanti habis kerja mama datang..'

Tiba-tiba wanita itu mencelah dan berlalu untuk menyambung kerjanya. Hanya tinggal Fatt sendirian bersama gadis itu.

'awak bukan orang sini kan?dari cara awak pun saya dah dapat agak..'

'emm..ah ah..saya datang sini sebab ikut kawan saya..bercuti..'

'maafkan saya lagi sekali ye..awak boleh balik sendiri kan? Ke nak saya hantar awak?'

Sambung gadis itu sambil tersenyum. Jelas sekali dia cuba untuk buat lawak. Fatt hanya senyum tanda melayan karenah gadis itu.

'ehh..takpe la..ni pun dah kira baik la saya selamat..nanti kalau awak yang hantar saya..jawabnya masuk wad pula saya..'

'ok..lagi bagus kalau camtu..saya kan tak tahu drive..'

Perasaan hampa gadis itu jelas sekali terpampang diwajahnya. Perubahan muka gadis itu jelas sekali dapat dilihat Fatt.

'nama awak Farah kan?..mama awak yang bagitahu tadi..'

'ye..Farah..nama penuh..Nur Farah Suliani..awak boleh panggil Farah..tapi saya rasa memang awak takkan dapat panggil saya lagi la sebab awak tinggal jauh..'

Jawab gadis itu dengan panjang lebar sambil ketawa.

'o..boleh tahan juga awak melawak ye..'

Jawab Fatt sambil tersenyum. Farah hanya diam seketika bila melihat Fatt yang gelak besar.

'awak ni suka kenakan orang ke?kenapa la saya tak langgar awak kuat-kuat tadi..biar padan muka awak..'

Dengan nada yang agak tidak puas hati, Fatt tiba-tiba dimarahi oleh Farah. Pelik juga Fatt dengan perangai gadis ini. Fatt hanya terdiam dan mengalihkan pandangan ke arah yang lain. Melihat Fatt yang tiba-tiba terdiam, Farah juga turut diam.

'ok Fatt..dah boleh balik ke?'

Entah dari mana datangnya Azlan, Fatt sendiri pun tidak dapat agak dan mengajak Fatt balik. Fatt hanya diam dan bangun meninggalkan Farah sendirian di ruangan menunggu tersebut.

'oit..awak nak pergi camtu je?'

Tiba-tiba Farah memanggil Fatt. Fatt juga terkejut dengan panggilan itu.

'dah tu nak saya tunggu sini sampai bila?dari gaduh dengan awak..baik saya balik..'

Jawab Fatt dengan selamba. Sebenarnya Fatt juga berat untuk meninggalkan Farah kerana Fatt belum dapat kenal gadis itu dengan lebih lagi. Tapi bagai pucuk dicita ulam mendatang lah apabila gadis itu tiba-tiba memanggil Fatt dan menanyakan nama Fatt.

'saya sekarang tak boleh cakap..takut nanti awak cakap saya kenakan awak pula..ada pen?ada kertas?'

Fatt hanya senyum lebar apabila dapat pen dan kertas dari gadis itu. Selain tulis nama, Fatt juga menulis nombor telefon. Fatt sengaja buat begitu kerana tiada cara lain untuk kenal dengan gadis itu lebih rapat.

'ehh..saya tanya nama je..yang awak tulis nombor ni kenapa?' tanya gadis itu terpinga-pinga.

'memanglah awak tanya nama saya..tapi saya biasa tulis nama dan nombor telefon..awak boleh pilih yang mana awak nak..kalau nak nama..awak buang saja nombor tu..tapi kalau nak nombor tu..awak jangan buang nama tu sebab nanti awak lupa tuan punya nombor tu..'

Fatt hanya meninggalkan Farah dengan berharap Farah akan menelefon Fatt. Fatt tidak pernah memberikan nombor telefon kepada mana-mana gadis sebelum ini. Fatt hanya mencuba nasib untuk berkawan dengan gadis itu.





Epilog Sebuah Kehidupan 12


Perjalanan ke utara semenanjung memang memenatkan Fatt. Tapi oleh kerana hendak bercuti, Fatt  tidak kisah. Sebenarnya Fatt dipelawa oleh Azlan untuk ke rumahnya. Alang-alang cuti semester, katanya. Fatt juga sebenarnya tidak pernah sampai ke negeri itu dan pelawaan Azlan sememangnya peluang yang paling bermakna untuk Fatt.

'eh Lan...aku ni dah nak masuk satu hari kat rumah ni..takkan la satu tempat pun aku tak di bawa melawat..'

'ala Fatt..aku bukan apa..aku tak tahu sangat la tempat yang sesuai nak lawati..apa kata kau tengok je sawah padi tu'

Sawah padi yang luas di depan rumah Azlan sememangnya menenangkan Fatt, kedinginan dan ketenangan berada di tepi sawah padi itu membuatkan ingatan Fatt terbang jauh kepada memori arwah Ummu Karmila. Suka duka ketika bersama arwah Karmila masih lagi segar di ingatan Fatt. Kesilapan yang paling besar Fatt buat dalam hidup. Fatt kehilangan orang yang Fatt sayang di depan mata.

' Fatt..jom aku bawa kau ke satu tempat...'

Tiba-tiba lamunan Fatt terhenti dengan sapaan Azlan.

Tempat yang ditujui itu hanyalah sebuah pusat membeli belah. Mana-mana pusat beli belah sama sahaja bagi Fatt, tetapi ada sesuatu yang berjaya mencuri perhatian Fatt iaitu kedai tudung dan pakaian muslimah. Fatt terus masuk sendirian ke kedai tersebut. Walaupun nampak agak pelik seorang lelaki masuk ke kedai seumpama itu tanpa ada ditemani wanita, tetapi Fatt terus meluru ke arah baju kurung berwarna biru persis yang dipakai arwah Karmila suatu ketika dulu. Sambil tersenyum dan tiba-tiba perasaan sebak melanda hati Fatt. Sekali lagi Fatt tidak dapat menahan sebak di hati lantas terus keluar dari kedai tersebut. Di mana-mana pun memori Karmila tetap akan ada bersama Fatt.

'Fatt..mana kau hilang ni?puas aku cari..sini rupanya kau??!'

Tiba-tiba Azlan menepuk bahu Fatt. Kelihatan banyak juga beg plastik yang dibawa Azlan. Azlan juga memahami apa yang Fatt lalui. Sebab itu jugalah Azlan mempelawa Fatt ikut balik ke kampungnya.

'nah..pegang ni..aku sibuk beli barang..kau hilang..tapi tak apa lah..asalkan kau bawa ni semua..tunggu aku dekat kereta..aku ada kerja sikit..ok '

Tanpa ada banyak soal, Fatt hanya tersenyum dan mengikuti saja arahan Azlan.

-------------------------------------------------------------

Ditempat parkir kenderaan kelihatan kereta Azlan dihadang oleh sebuah kereta lain, kelihatan seorang gadis di sebelah tempat duduk penumpang. Fatt hanya membuatkan isyarat untuk gadis itu mengalihkan keretanya. Tetapi tidak diendahkan langsung oleh gadis tersebut. Dengan rasa agak tidak puas hati, Fatt terus mendekati kereta gadis itu.

'awak boleh ubah kereta awak ni?'

Walaupun Fatt bercakap dengan gadis itu, tapi sedikit pun gadis itu tidak mengendahkan, cuma Fatt lihat gadis itu hanya bercakap dengan seseorang melalui telefon. Fatt mengetuk cermin kereta gadis itu dan dengan teragak-agak gadis itu membuka sedikut cermin keretanya.

'maaf..saya tak tahu drive..saya tunggu mama saya..sekejap lagi dia sampai..maaf ye..'

'awak tahu kan berapa lama dah saya kat luar ni?kenapa dari tadi lagi awak tak cakap?'

Fatt sengaja tinggikan suara walaupun Fatt bukan marah. Saja hendak buat garang kononnya.

'kalau ye pun..awak jangan la marah saya..mama saya datang nanti awak boleh marah dia..awak tunggu saja..'

melihat muka gadis itu agak marah, Fatt cuba menjauhi diri dari kereta gadis itu dengan berjalan ke hadapan kereta Azlan.

Gadis itu pun nampak agak tidak puas hati dengan Fatt. Tetapi kelihatan gadis itu mencuba untuk ubah keretanya itu, entah macam mana kereta itu melanggar Fatt tanpa dia sedari hingga menyebabkan Fatt terjatuh. Keadaan makin tegang. Dengan keadaan yang agak sakit, Fatt bangun sendiri.

'oit..awak dah kenapa? Kalau ye pun nak marah saya, jangan la sampai nak bunuh orang..kalau jadi apa-apa camna?awak nak tanggung hidup saya seumur hidup ke?'

'ala...maaf sangat-sangat..saya dah cakap saya tak tahu drive tapi awak paksa saya juga..'

'ehh..bila masa saya paksa awak ubah kereta awak tu?.takpa la..saya sakit sikit je ni'

Sambil menahan kesakitan, Fatt cuba bangun berdiri dan dibantu oleh gadis itu. Tiba-tiba datang seorang wanita yang agak berusia dengan pakaian lengkap uniform jururawat mendekati kami.

'ha..elok sangat la nurse pun dah sampai..bagus betul mall ni..cepat je hantar nurse walaupun tak report..'

Fatt bercakap sendiri dan sesampainya wanita itu, Fatt terus cakap yang dia dilanggar dan kesakitan yang dialami.

'eh..awak..ni la mama saya..dia baru nak masuk kerja..dia nurse..'

Dengan perasaan agak malu, Fatt hanya diam sambil menundukkan kepala.

'maafkan anak mak cik ye..dia tak tahu bawa kereta..camni la..awak boleh ikut kami ke hospital..nanti mak cik bagi ubat..bil hospital biar mak cik yang bayar..tanda minta maaf..boleh?'

Fatt hanya berdiam diri. Sebenarnya memang Fatt terasa sakit di bahagian tulang belakang, tetapi disebabkan malu, Fatt hanya cakap dia tiada apa-apa.



Epilog Sebuah Kehidupan 11


Selepas kematian Karmila, hubungan Fatt dan Wanie juga semakin renggang, Fatt langsung tidak pedulikan Wanie walaupun Wanie berusaha untuk menggembirakan hati Fatt.

'Fatt...maaf kalau Wanie cakapkan ni buat Fatt sedih..tapi Fatt kena terima hakikat yang Karmila sudah tiada lagi..'

Fatt hanya terus mendiamkan diri. Fatt akui memang bukan kuasa Fatt untuk halang kehendak Ilahi, tapi Fatt menyesal dengan sikap bertangguh yang Fatt buat. Kalaulah Fatt kejar Karmila masa itu, Karmila mesti dapat tahu apa yang Fatt hendak sampaikan ketika itu.
'Wanie.. Fatt dah tak nak lagi teruskan hubungan kita ni..'   

Ungkapan tiba-tiba yang terkeluar dari mulut Fatt membuatkan Wanie terkejut. Fatt tahu yang Wanie tidak akan bersetuju dengan keputusan Fatt itu.

'what??!!... Fatt sedar tak apa yang Fatt cakapkan ni?jangan disebabkan kematian orang yang Fatt sayang.. Fatt nak libatkan hubungan kita pula?'

'ok... Wanie tahu Fatt sayangkan Karmila, tapi sebabkan dia jugalah hubungan kita sampai macam ni.. Fatt sedar tak??!'

Fatt juga tahu keputusan itu membuatkan Wanie marah dan tidak setuju sama sekali, tapi hanya itu sahaja cara yang Fatt ada untuk elakkan rasa bersalah kepada arwah Karmila.

-------------------------------------------------------------
Setelah beberapa bulan kematian arwah Karmila, hubungan Fatt dan Wani juga telah berakhir. Fatt dan Wani kini hanya kawan seperti dulu. Masing-masing sibuk dengan kuliah. Fatt masih lagi sama seperti dulu, memori yang ditinggalkan arwah Karmila tetap di dalam hati Fatt. Kesibukan Fatt dengan pelajaran membuatkan Fatt sedikit demi sedikit melupakan arwah Karmila.


Epilog Sebuah Kehidupan 10


Lokasi : cafe
Masa : petang selepas kuliah

'Hai Fatt...'

Satu suara yang tidak pernah Fatt lupakan tiba-tiba menegurnya. Teguran itu disambut dengan senyuman oleh Fatt. Jantung Fatt sememangnya berdegup kencang apabila melihat wajah Karmila berdiri di belakangnya.

'sorry, ganggu Fatt..Fatt tunggu orang ke?Karmila saja lalu sini..tak tahu pula Fatt ada dekat sini..'

'eh..taklah..Fatt saja je lepak sini..lagi pula cafe ni tempat orang ramai..'

Karmila hanya senyum mendengar jawapan Fatt. Sebenarnya Fatt mesti singgah di cafe itu jika ada waktu lapang, bagi Fatt, tempat tu sudah menjadi kenangan padanya kerana di cafe itulah tempat Fatt mula-mula kenal Karmila.

'Fatt nampak gembira je sekarang kan?..baguslah..Karmila harap Fatt akan sentiasa gembira..'

Tanpa sempat Karmila menyambung ayatnya, Fatt mencelah dulu.

'Karmila..sebenarnya Fatt menyesal sebab tak fikir betul-betul apa yang Karmila katakan dulu, Fatt menyesal sebab Fatt tak pujuk Karmila dulu..'

Karmila hanya diam dan senyum tanpa ada sepatah ayat keluar dari mulutnya. Karmila terus menoleh dan tinggalkan Fatt. Lagak Karmila nampak tergesa-gesa lari dari Fatt. Sekali lagi Fatt tidak sempat untuk menjelaskan apa-apa tapi Fatt sudah ditinggalkan sekali lagi oleh Karmila. Fatt hanya duduk dan fikir akan ada masa lagi untuk berjumpa Karmila.

Tiba - tiba satu dentuman yang kuat kedengaran seperti sesuatu berlanggar. Fatt terus menoleh dan ternampak Karmila sudah terbaring di atas jalan dihadapan sebuah kereta. Fatt terus berlari ke arah kejadian tersebut dan tidak sempat Fatt sampai ke sana, badan Karmila sudah dikerumuni orang ramai. Fatt hanya dapt melihat dari jauh.

-------------------------------------------------------------


Penyesalan yang tidak pernah Fatt rasai sebelum ini kini menghantui diri Fatt. Kematian Karmila telah menyedarkan Fatt betapa dia menyayangi Karmila. Sikap sambil lewa Fatt telah mengundang seribu sesalan. Kalaulah Fatt kejar dan berterus-terang dengan Karmila pada ketika itu, Karmila mesti tidak akan pergi meninggalkan Fatt. Ummu Karmila, gadis yang pertama menyentuh hati Fatt. Pergaduhan di perpustakaan yang membawa kepada perkenalan Fatt dan Karmila, gadis tomboi yang dahulunya pernah Fatt marah dan gadis itu jugalah yang membuat Fatt terima Wanie dalam keadaan yang Fatt tidak suka.

Lebih parah lagi apabila fatt dapat tahu yang perubahan pemakaian arwah ummu karmila disebabkan oleh fatt. Kerana fatt, karmila mengubah penampilan, kerana fatt juga karmila mengundur diri. Penghargaan arwah karmila bagi itu lagi membuatkan fatt terus merasa kecewa dengan perbuatan fatt sendiri.

Epilog Sebuah Kehidupan 9



"Karmila dah buat keputusan..Karmila tahu Fatt serba salah untuk memilih antara Karmila dan kawan Fatt tu kan?"

Tiba-tiba Karmila mengungkapkan kata-kata tersebut.


"Fatt pilihlah kawan Fatt tu..Karmila mungkin tidak sesuai untuk Fatt..lagi pula Karmila nak tumpukan perhatian pada pelajaran Karmila...tu je yang Karmila nak katakan..satu lagi..kalau Fatt sayangkan seseorang tu, Fatt usahakanlah betul-betul untuk menjaga hati dan perasaan orang tersebut...."

Lepas kata-kata itu, Karmila terus berlalu pergi meninggalkan Fatt. Fatt pula langsung tidak meminta penjelasan yang lebih lagi dari Karmila. Memang Fatt sayangkan Karmila, tapi keputusan yang Karmila buat langsung tidak dapat Fatt bantah. Fatt lebih mengenali Karmila dan dia tahu yang Karmila serius dengan keputusannya itu.

Hari ini sekali lagi Fatt kena bersemuka dengan Wanie. Fatt juga ada perasaan tidak puas hati dengan Wanie kerana terlalu memaksa dalam perhubungan itu.

"Fatt..sorry sangat-sangat..Wanie tahu Fatt tertekan untuk buat keputusan ni..tapi izinkan Wanie untuk buktikan yang Wanie ikhlas untuk Fatt.."
"Wanie..Fatt memang suka Wanie..tapi Fatt tak boleh nak tipu perasaan Fatt sendiri.."
"Fatt..Wanie tak pernah merayu pada seorang lelaki tau..hanya Fatt je yang Wanie suka.."

Selepas berfikir panjang, Fatt membuat keputusan untuk terima Wanie. Tapi tindakan ini dibuat atas sebab Fatt sayangkan Karmila, ini yang Karmila hendak Fatt buat, dia sanggup berkorban untuk orang yang dia sayang. Jadi Fatt juga akan buat benda yang sama. Tapi terang-terang tindakan Fatt itu akan menjerat diri sendiri di kemudian hari.

"ok..Fatt boleh terima Wanie..tapi Wanie tolong la jangan minta yang bukan-bukan pula nanti..Fatt boleh belajar sayangkan Wanie..tapi Wanie tak boleh paksa Fatt sayang Wanie.."

"ok..thank you Fatt..Wanie memang tunggu saat ni.."

Wanie menyambut baik keputusan Fatt dengan senyuman yang girang sambil memegang tangan Fatt. Fatt tidak tahu apa perasaan Wanie ketika dia memaksa untuk Fatt terima dia tapi yang Fatt yakin, Wanie yang dulu hanya akur akan keputusan Fatt tidak lagi ada, yang ada hanya Wanie yang sudah berubah sikap. Fatt juga tidak menolak kemungkinan yang Wanie terlalu mengikut perasaan untuk bercinta.

Selepas beberapa minggu hubungan Fatt dan Wanie, sedikit sebanyak Fatt juga tertarik dengan keikhlasan Wanie, semua dapat Wanie penuhi, seolah-olah Wanie tahu apa yang Fatt suka dan apa yang Fatt tidak suka. Tapi hati Fatt tetap juga rasa bersalah terhadap Karmila.