Tuesday, July 5, 2011

Epilog sebuah kenangan 7


"hai fatt...semenjak kebelakangan ni wanie tengok fatt ceria je..ada apa-apa yang menarik ke?taknak kongsi dengan wanie ke?"
"eh..mana ada..fatt memang ceria pun kan selama ni.."

Jawapan ringkas dengan senyuman oleh fatt. Wanie memang tidak pernah tahu yang fatt ada berkenalan dengan karmila. Walaupun berada dalam satu kampus, tapi memang wanie tidak pernah terserempak dengan fatt kecuali mereka berjanji untuk berjumpa. Persahabatan wanie dan fatt memang sangat rapat walaupun wanie sentiasa sibuk dengan aktiviti yang dianjurkan oleh fakultinya, paling tidak pun wanie mesti akan menghantar pesanan ringkas kepada fatt untuk bertanya khabar dan begitu juga fatt. Sikap fatt yang suka melayan pula menjadikan fatt lagi senang didampingi. Fatt tetap melayan wanie seperti biasa walaupun fatt berkenalan dengan karmila. Kerana bagi fatt, wanie dan karmila hanya kawan biasa sahaja. Waktu belajar juga fatt tidak pernah sia-siakan kerana kedua-dua gadis yang dia kenal semua jenis ulat buku, jadi demi menjaga reputasi baik seorang lelaki, fatt juga berusaha untuk menjaga CGPA fatt supaya berada pada paras yang selamat.

"kalau camtu takpa la..wanie just nak tumpang gembira bagi pihak fatt je..tu pun kalau fatt nak bercerita..tapi wanie tengok fatt macam taknak cerita apa-apa je.."

"sorry ye wanie..ada benda fatt boleh cerita dan ada benda fatt kena pendamkan.."

"it's ok la..wanie tak kisah pun, kalau fatt happy camni, fatt taknak cerita pun takpa..tapi kalau fatt sedih, fatt tau kan wanie ada untuk mendengar masalah fatt..jangan masalah cinta dah la.."

Salah satu sebab fatt suka berkawan dengan wanie ialah wanie tidak pernah memaksa apa sahaja yang dia mahukan,dia akan pasrah sahaja jika fatt menolak untuk tidak bercerita tentang sesuatu.

Waktu : pagi, sebelum ke kelas
(perbualan SMS fatt dan wanie)

"wanie...mana wanie letak tali leher fatt??"

"ehh..fatt ni..pagi-pagi dah tanya pasal tali leher fatt kat wanie..ingat wanie ni isteri fatt ke yg fatt tanya wanie ni? Mana la wanie tahu.." 

Pagi itu fatt terlewat bangun dan memang fatt terlambat untuk ke kelas. Kelas pagi itu memerlukan fatt untuk memakai tali leher. Habis satu almari fatt selongkar, tapi tidak juga ditemui, jadi untuk mengelakkan rasa gementarnya, fatt buat-buat bertanya kepada wanie. Fatt memang tahu wanie memang tidak tahu tali leher fatt disimpan tapi fatt bertanya juga untuk hilangkan gementarnya. Hendak bertanya pada azlan, pagi-pagi lagi azlan sudah tiada di bilik.

Waktu : tengahari
Tempat : cafe

"hai fatt..makan sorang je? Taknak jemput wanie makan sekali ke?"
"ha..wanie..jemput la..tapi nanti bayar sendiri..haha..ok fatt gurau je..jemput la.."
"ehh..mana fatt jumpa tali leher ni?tapi pelik la..tali leher ni macam tak kena je dengan baju fatt.."
"ala..ni fatt ambil dalam almari azlan..fatt pun tak sempat nak pilih-pilih..ambil je mana fatt rasa berkenan..dah fatt tanya wanie..wanie buat tak tahu je.."

Sekali lagi fatt bergurau dengan wanie. Tapi wanie diam sahaja dan terus ubah topik perbualan.

"fatt tunggu dulu tau..wanie nak ambil makanan..fatt temankan wanie makan hari ni ye.."
 "yela..cepat sikit tau.."

Waktu : selepas kelas sesi petang

"fatt..sorry karmila lambat sikit..tadi kelas habis lambat.."
"tak apa la..fatt pun baru sampai.."
"betul ni?fatt jangan marah ye..memang karmila habis kelas lambat tadi.."
"dah la minta maaf..fatt ok je la..jom la..fatt dah lapar ni.."

Petang itu, fatt dan karmila berjanji untuk makan malam bersama. Ini juga pertama kali untuk fatt keluar makan malam bersama karmila lepas perkenalan dulu. Malam itu tidak ada apa yang seronok, hanya perbualan mesra fatt dan karmila, masing-masing bercerita dan mengenal diri masing-masing.

"thank you ye fatt sebab belanja karmila makan tadi..lain kali karmila belanja fatt pula ye.."
"ala..bukan selalu pun kan..lagi pula fatt patut berterima kasih pada karmila sebab sudi nak keluar makan dengan fatt..lagi pula tak kan la fatt nak lepaskan peluang makan dengan gadis cantik macam karmila ni.."

Ayat bersahaja dari mulut fatt. Karmila hanya diam sahaja. Malam itu merupakan malam paling panjang untuk fatt kerana dapat berbual mesra dengan karmila. Fatt juga semakin memahami apa yang karmila suka dan tidak suka semasa perbualan. Bagi fatt sikap karmila paling susah nak diramal kerana perubahan sikapnya bergantung pada apa yang dia dengar. Kalau dia suka, dia senyum, tapi kalau dia tidak suka, dia diam seribu bahasa dan tinggalkan situasi tersebut. Tapi kemarahan dia juga cepat dikawal.

 

No comments:

Post a Comment