Sunday, December 12, 2010

epilog sebuah kenangan 4


selepas peristiwa tempoh hari, fatt tidak lagi menaruh sebarang perasaan kepada zue sebaliknya fatt layan zue sebagai kawan yang sangat istimewa, setiap nasihat atau pendapat zue, fatt mesti akan setuju,bagi fatt perkenalannya dengan zue merupakan suatu perkara yang paling indah dalam hidupnya. fatt tidak pernah melupakan pelajarannya walaupun asyik dengan zue,sebab kadang-kadang mereka juga belajar bersama-sama.

masa berlalu begitu pantas, hari ini adalah hari keputusan peperiksaan diumumkan,entah apa akan jadi pun fatt tidak tahu. fatt tidak pernah abaikan pelajarannya dan perkara inilah yang paling fatt risaukan. kepala fatt ligat memikirkan keadaannya pada masa akan datang. apa akan jadi kalau fatt tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti?apa fatt akan buat kalau sekiranya semua yang fatt rancangkan tidak menjadi?

'fatt!!! oit..apa ko fikir sangat ni?'. lamunan fatt terhenti dengan tiba-tiba terdengar jeritan Yoel.

'ish..ko ni kan..kalau satu hari tak memekik kat telinga aku takkan sah kan?'..
'boleh tak kalau hari ni ko diam dan bertafakur sekejap?'...

'ala aku saja je nak memekik kat telinga ko ni bagi ko sedar sikit yang ko sekarang ni dah tua...aku taknak ko terus hanyut dengan lamunan ko tu je..'

setelah mendapatkan slip peperiksaannya, fatt terus menyelaknya dan keputusannya agak baik walaupun tidak seperti yang dirancang. sememangnya keputusan Yoel lagi baik dari keputusan fatt. tapi fatt tidak pernah membandingkan dirinya dengan Yoel sebab Yoel memang terbaik antara mereka.

walaupun keputusan fatt tidak seperti yang dia inginkan,tetapi fatt telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan Yoel....semestinya dia lagi beruntung sebab dapat tempat yang dia pilih.

walaupun fatt berkeras tidak mahu melanjutkan pelajaran dengan kursus yang tidak dipilihnya, tapi keputusan keluarga fatt mahukan dia teruskan. sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, fatt terima tawaran tersebut. sebaliknya pula zue, zue juga mendapat tawaran ke universiti dengan kursus yang dipilihnya.

fatt kini berada di sebuah universiti di timur tanah air, zue pula ke utara,masing-masing membawa cita-cita yang sama iaitu tamatkan pengajian. walaupun fatt tidak pernah minat dengan apa yang dia lakukan,dia juga meletakkan cita-cita untuk habiskan pelajaranya tersebut.

kesibukan fatt di universiti lama kelamaan membuatkan hubungan fatt dan zue menjadi semakin renggang, sampai suatu ketika hanya kirim berita sekali seminggu sedangkan sebelum ini mereka berjanji untuk terus berhubung.

penampilan dan gaya fatt sama sekali dia ubah,fatt sekarang tidak lagi seperti fatt yang dulu, kalau dulu fatt tidak pentingkan penampilan, tapi sekarang fatt mengutamakan penampilan,dari hujung rambut sampai hujung kaki fatt ubah. kalau dulu sikap fatt suka menyendiri tapi sekarang fatt seorang yang banyak cakap dan suka buat lawak.fatt sedar akan perubahan drastik yang dia lakukan ini,tapi fatt sendiri tidak tahu untuk apa perubahan yang dia buat ini. sememangnya perubahan ini fatt buat semata-mata tidak mahu dibuli atau didominasi orang lain. kalau dulu fatt hanya diam dan mengikut sahaja apa yang dicakapkan, tapi sekarang fatt mengharapkan dirinya yang baru ini untuk diberi peluang jika ada keputusan hendak dibuat.dengan kata lain,diri fatt sekarang ini lebih tampak berkeyakinan dan bukannya seorang yang naif.

Tuesday, November 16, 2010

epilog sebuah kenangan 3

sudah masuk 3 bulan perkenalan fatt dengan zue,sifat baik hati dan penyayang yang ditunjukkan oleh zue benar-benar menambat hati fatt lantas terus menghilangkan terus rasa marah fatt pada perempuan. kalau sebelum ini fatt pernah kecewa dengan cinta yang tidak dibalas, tapi sekarang fatt merubah persepsi pandangan dia pada gadis ini. fatt pendamkan saja rasa cinta fatt pada zue tapi sebaliknya dia menjadikan zue sebagai gadis pembakar semangat dia. sehinggalah pada suatu ketika kebaikan fatt pada zue membuatkan zue curiga,

"fatt..zue nak tanya satu perkara pada fatt boleh?"

soalan yang terkeluar dari mulut zue membuatkan fatt telah berfikir macam-macam.

"aa..apa zue nak tanya tu?..bunyi macam serius je.."

dengan satu senyuman dan muka yang agak malu, zue mengalihkan pandangannya terus ke mata fatt.

"fatt pernah jatuh hati pada zue tak?"
"tak!!"

 jawapan pendek yang fatt berikan itu langsung membuat zue senyum gembira.

"kenapa zue tanya?"
"zue ingat fatt pernah jatuh hati pada zue..tapi jawapan fatt tu tak sama macam yang fatt tunjukkan pada zue"

"maksud zue?"
"yelah..fatt layan zue macam zue ni sangat-sangat istimewa pada fatt..tapi kenapa???"

"zue..fatt just anggap zue sebagai kawan fatt..zue terlalu baik untuk fatt..fatt takut untuk menaruh harapan pada zue."

"kita baru kenal..tapi zue layan fatt macam kita kenal lama"
"fatt hanya membalas apa kebaikan zue pada fatt..baik zue layan fatt..baik la fatt balas."

"thank you fatt.."
"sebenarnya zue sudah ada orang yang zue sayang.."

ayat zue mati disitu saja,dan zue terus senyap

"aa..zue..fatt baru ingat..fatt kena jumpa kawan fatt sekarang ni..nanti kita borak lagi ye..sorry sangat-sangat."

dengan cepat fatt berlalu dari pandangan zue. ayat terakhir zue tadi membuatkan fatt lagi hendak melupakan perasaannya pada zue.

Tuesday, October 12, 2010

epilog sebuah kenangan 2

‘..En.Dzafrul Haziq..pliss bagitau aku kat mana ko kenal awek tu boleh?!’
‘..kalo ko cakap..aku janji ko dapat makan free hari ni...’
‘En.Syawal Nour Fitri...ni pehal pula tiba-tiba ko panggil nama penuh aku ni? Buang tebiat ke apa?’
‘...buat pengetahuan ko..minah tu baru je daftar kat tempat tusyen kita ni..dia akan satu kelas dengan kita nanti,’
‘..Yoel !!! aku memang sayang pada ko la....ko memang kawan aku kat dunia ni’
‘..dunia je?’
‘...akhirat sekali la..tapi sebelum tu ko kena siasat la nama dia dan dia dah ada balak ke belum..ok?’
Dengan muka yang agak kelat, Yoel berlalu tanpa ada soal jawab, dia memang tahu kehendak fatt tu, dari mula kenal fatt lagi,dia dah mula paham kehendak hati fatt,apa saja yang fatt nak,mesti fatt akan dapatkan.
‘,,nah...nama awek tu nur zulaini..umur sama kita..baru pindah dari KL..ayahnya seorang Pegawai bomba..”
‘..YOEL!!!!! ko memang best la..sampai bapak dia pun ko tahu keja apa...”
‘..FATTTT!!!!..boleh tak kalau ko tak jerit kat depan aku?!!’
‘..ok2..sorry..aku excited sangat..tu pasal aku jerit..’
‘..ko ni betul ke fatt nak try budak tu?..aku takut jadi macam dulu je..’
Air muka fatt mula berubah selepas Yoel mengeluarkan kata-kata tersebut. Fatt memang tahu yang risiko dia akan kena reject tu besar, tapi fatt mula lupakan semua tu lepas dapat tahu nama gadis tu.
Hari : Sabtu
Masa : selepas waktu belajar..
‘..hai..awak baru daftar ke?’,tegur fatt dengan keadaan yang agak cuak..
‘..hai..ha ah..’,jawab gadis tu ringkas sambil tersenyum.
‘nama saya fatt..awak?’
‘fatt?,saya tengok awak tak gemuk pun’
‘..ish banyak cakap pulak pompuan ni...syawal nour fitri...’
‘..owh..nama sedap tapi panggil fatt?’
‘awak siapa nama?’
‘awak nak ngorat saya ke apa ni?’
‘eh..mana ada..saya nak kenal awak je..tengok awak sorang-sorang kat sini,so saya datang tegur la..’
‘owh..saya Zue..panggil Zue je..

epilog sebuah kenangan 1


...ko dapat awek tu,aku belanja ko makan tengahari ni..ok? cabaran yang tiba-tiba terkeluar dari mulut Yoel.
Ni fatt la..awek lawa mana pun mesti cair la dengan aku..
Ok..aku tunggu betul ke tak..
Waktu : 12.30 tgh
Hari : sabtu,
Nurul Atiqah Airin, nama yang tak pernah fatt lupa sepanjang perkenalan mereka. Perkenalan di depan pusat tusyen tu memang merupakan sejarah percintaan pertama fatt yang sebelum ini tidak pernah ada kawan perempuan. Sebenarnya fatt tidak suka perempuan sebab baginya perempuanlah punca segala masalah, tapi sebab cabaran yang kawan baiknya bagi, dia beranikan diri juga tegur gadis empunya nama Nurul Atiqah Airin itu, tapi tidak di sangka-sangka teguran pertama fatt membuahkan hasil sedangkan satu pusat tuisyen tahu yang  gadis tu tak pernah layan mana-mana lelaki yang menyapanya. Sejak dari hari itu, fatt terus berusaha untuk sentiasa menawan hati Airin, tindakan Airin yang terus-terusan melayan karenah fatt lagi membuatkan fatt tidak berfikir panjang untuk menaruh harapan cintanya pada gadis itu, setiap sabtu adalah hari yang paling fatt tunggu-tunggukan kerana akan satu kelas dengan Airin di pusat tusyen. Focus untuk belajar tidak lagi ada, yang ada hanyalah Airin,
‘oit...ko ni nak datang belajar ke nak tengok minah  tu fatt?!’
Tiba-tiba bahu fatt di tepuk Yoel,’...ala aku bukan apa,semua ni ko punya pasal la,kalau ko tak suruh aku tegur si Airin hari tu,tkde la aku angau macam ni tau..’
‘..eh..aku pula yang ko salahkan?aku main-main je hari tu,yang ko ambil serius tu pehal,’
Habis kelas saja terus fatt jumpa Airin dan mempelawa makan tengahari bersama, seperti yang disangka,Airin tidak menolak untuk makan bersama fatt.
‘..fatt,Airin ada sesuatu nak cakapkan..sebelum tu,Airin tahu fatt suka Airin,tapi fatt ......’
‘.....fatt kena lupakan semua ni...Airin tak nak fatt menaruh hati pada Airin..maafkan Airin..’
Gadis tu terus berlalu dari depan fatt dan tidak tahu dari mana,tiba-tiba muncul seorang lelaki jemput Airin. Hancur terus hati fatt,nak menangis, memang tiada guna.
‘...aarrrgghh!! perempuan semua sama je...kenapala aku senang sangat nak termakan layanan baik perempuan ni??!’’
Hari berlalu dan terus berlalu,cinta monyet fatt dan angan-angan fatt terus hilang bersama masa. Tapi perasaan kecewa fatt pada gadis yang telah hancurkan harapannya tetap tidak padam dan fatt tetap memandang gadis-gadis yang dia kenal seperti Airin.
Tapi selama kebenciannya itu,fatt terus menutup hatinya untuk berkawan dengan insan kaum hawa. Perkenalan selama sebulan dengan Airin sudah cukup buat fatt gembira dan dalam masa yang sama kecewa.
‘...fatt..fatt...!! ko tengok awek tu,cantiknye...’
‘..ha..ko dah ,mula lagi la ni yoel, ko pun tau kan aku fed up dah dengan semua ni..’
Pandangan fatt tetap juga pada gadis tersebut walau mulutnya bising. Memang cantik,’braces’ yang gadis tu kenakan pada gigi buat lagi dia nampak lagi cantik. Tapi fatt tetap tidak pedulikan siapa gadis tersebut dan dari mana datangnya.
‘...aku macam pernah nampak la fatt awek ni...’
Dengan cepat,fatt menyahut..’ko nampak kat mana?



Friday, October 8, 2010

hari kedua usia blog faTTy skiNNy note's


'apa awak nak buat dengan blog awak ni faTT?',soalan yang ada di dalam otak Mr.Fatty sekarang. Tapi faTT rasa mana-mana blogger baru pun akan sama rasa macam faTT rasa sekarang ni. Blog seusia dua hari ni memang la tiada apa-apa lagi kalau nak dibandingkan dengan pakar blog di luar sana tu kan,?? tapi faTT rasa faTT pun boleh jadi macam blogger di luar sana tu kalau faTT rajin 'online' blog ni. Dan inilah permulaan sebuah kehidupan yang akan diceritakan semula oleh faTT.

Syawal Nour Fitri is the  name,lahir pada akhir zaman 80-an,membesar dalam keluarga islam yang sederhana dan penuh kasih sayang,kenapa nama faTT??sebab sebenarnya tiada sebab munasabah pun,agak cerewek dalam memilih makanan dan paling 'cool',suka keindahan dan kecantikan,opss!!pada kecantikan perempuan saja ok. 'faTT' hanya satu nama sahaja kerana faTT tu bukanlah maksudnya diri faTT yang gemuk sebab berat badan faTT adalah 58kg dengan ketinggian faTT 170cm,si it is an ideal BMI kan? Entry kedua ini semata-mata untuk memperkenalkan watak faTT kat blog ni saja tau, so next entry adalah permulaan cerita kehidupan faTT. untill next entry,assalamualaikum.

Thursday, October 7, 2010

faTTy skiNNy note's

permulaan sebuah cerita yang akan berterusan sampai akhir hayat.
hai..Mr.Fatty here,blog ni Mr.Fatty create untuk suka-suka saja,seronok melihat blogger lain 'online' sambil ada ramai yang 'support', tujuan lain blog faTTy skiNNy note's ni diwujudkan adalah untuk menceritakan permulaan pertengahan dan pengakhiran hidup Mr.Fatty. hopefully blog faTTy skiNNy note's  ni berjaya dan mencapai matlamatnya.